Friday, 11 July 2014

PUTERI LILIN


Puteri Lilin sering dikaitkan dengan seseorang yang tidak tahan terkena panas matahari. Mudah berpeluh bila berada di bawah sinar mentari.


Saya labelkan diri sendiri sebagai Puteri Lilin. Mudah bepeluh bukan hanya di kala diri berjemur menggadap sang suria, kalau dalam keadaan panik pun saya boleh berpeluh..atau mengejardateline. Memang tak selesa bila mula berpeluh...Ada orang kata sihat keluarkan peluh..ya memang betul tapi kalau peluh tu buat kawan-kawan sekeliling tak selesa cam mana eih??

Jika dililihat dari segi bahasa, itu lah definasi Puteri Lilin yang merupakan satu simpulan bahasa yang kita pelajari di zaman sekolah dahulu. Namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, ada maksud tersirat Puteri Lilin iaitu satu simbol pengorbanan.

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi. 


Jangan jadi lilin yang terbakar, jadilah lampu pelita yang menyinar.

PESANAN BUAT LILIN

Janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

No comments:

Post a Comment